Saturday, 4 October 2014

Punca-Punca Pencemaran Udara

Punca Pencemaran Alam Sekitar

Pencemaran alam sekitar boleh di definisikan sebagai sesuatu perkara yang mengotorkan alam hingga boleh menjejaskan ekosistem di muka bumi ini. Pelbagai projek sosio ekonomi dijalankan dengan pesat untuk tingkatkan taraf pembangunan negara, walaupun kita tidak mengambil berat tentang kesan terhadap alam sekitar yang boleh membahayakan diri manusia.Pencemaran alam sekitar telah menjadi satu kemelut yang tidak dapat dielakkan oleh negara kita sehingga mencalarkan nama negara.Negara kita sebenarnya terhimpit telah terhimpit di antara meningkatkan pembangunan negara setaraf negara maju dengan kebajikan terhadap alam sekitar yang perlu di pelihara untuk masyarakat.

Di bawah merupakan punca- punca yang menyebabkan pencemaran alam sekitar berlaku. 


1. Pembuangan sisa industri, sisa toksik dan sisa radioaktif, asap dan haba daripada kilang
·   Penyingkiran bahan toksik seperti merkuri, memberi kesan yang buruk kepada alam sekitar.
·  Kilang-kilang yang menggunakan bahan api fosil mencemari alam sekitar dengan membebaskan gas beracun seperti sulfur dioksida, karbon monoksida dan oksida-oksida nitrogen
·        Gas-gas daripada asap kilang boleh menyebabkan hujan acid.
·      Bahan-bahan sisa toksik yang dibuang ke dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen yang terdapat di dalam air.
·   Hidupan air akan mati apabila dimakan bahan beracun dari sumber air yang telah tercemar .
·      Manusia juga akan mendapat penyakit yang serius jika mengambil sumber makanan dari hidupan air dan juga boleh mendapat penyakit atau masalah kesihatan yang teruk jika meminum atau mengunakan air yang tercemar.

2. Penggunaan baja kimia dan pestisid dalam bidag pertanian.
·    Penggunaan baja  nitrat dan fosfat secara berlebihan menyebabkan baja itu melarut dalam air yang mengalir ke sungai
·  Semasa hujan, bahan kimia ini di bawa oleh air hujan ke dalam sungai dan sebahagiannya meresap ke dalam tanah.
·   Pestisid seperti paraquat, dieldrin dan DDT sukar dihuraikan dan kekal dalam persekitaran
·    Penggunaan baja kimia dan pestisid yang berlebihan akan menyebabkan pencemaran tanah dan air.
·   Pestisid adalah sukar dibiodegrasikan dan akan kekal dalam persekitaran serta boleh menyebabkan keracunan makanan.

3. Bunyi, asap dan gas beracun dari kenderaan dan jentera.

·         Pencemaran bunyi sering menjadi isu tetapi ia kurang diberi perhatian.
·  Punca-punca berlakunya pencemaran bunyi adalah seperti pembangunan dalam kawasan industri dimana bunyi yang bising akan dikeluarkan melalui pemprosesan material, jentera,dan kenderaan.
·   Aktiviti pembuatan ini secara tidak langsung akan menjejaskan ketenteraman orang ramai dan memberi kesan gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran dan lain-lain atas pencemaran bunyi yang  dikeluarkan.
·        Di kawasan Bandar, pencemaran bunyi berlaku disebab bunyi daripada mesin dan enjin kenderaan
·    Di kawasan lapangan terbang, bunyi yang dihasilkan oleh kapal terbang supersonik boleh mengakibatkan pencemaran bunyi
·   Gas karbon monoksida yang dihasilkan oleh kenderaan amat merbahaya kepada manusia.

4. Pembuangan sampah sarap seperti plastic, sisa makanan, dan bahan pepejal


·          Jumlah sampah- sampah yang dibuang meningkat dengan bertambahnya penduduk di sesebuah kawasan
·  Sampah sarap seperti bingkai haiwan, sisa makanan dan kertas adalah boleh dibiodregrasi manakala bahan plastic, getah, kaca dan bahan logam adalah tidak terbiodegrasi
·      Buang sampah boleh menjadi berbahaya kepada kesihatan manusia. Sampah juga akan menarik haiwan perosak dan bakteria.
· Pembakaran sampah terbuka boleh menyebabkan pencemaran udara dengan penghasilan gas-gas toksic
·    Hal  ini  jelas  dapat  dilihat  berikutan  pembakaran  pokok-pokok  tua  di  kawasan  ladang  dan  hutan  untuk  tujuan  penanaman  semula.
·    Disebabkan  pembakaran  secara  terbuka  ini, suhu  bumi  juga menjadi  semakin  meningkat  dan  keadaan  cuaca  di  bumi  semakin  panas. 

5. Pembuangan kumbahan


·      Pembuangan air kumbahan yang tidak betul boleh menyebabkan pencermaran air
·    Bahan buangan toksik ini mudah terbakar , menghakis , beracun dan bertindak balas atau meletup apabila bercampur dengan bahan lain.
·     Ia boleh wujud sama ada dalam bentuk cecair, pepejal dan separa pepejal.
·  Air kumbahan yang kotor menggalakkan pertumbuhan bacteria. Bacteria ini menggunakan oksigen dalam air dan menyebabkan air tidak sesuai untuk hidupan akuatic.
·       Kesan utama ialah mengancam kesihatan manusia iaitu melalui pencemaran toksik yang masuk ke dalam air akan menyebabkan simpton – simpton seperti sakit kepala , kabur penglihatan dan pertuturan yang tidak betul jika air tersebut digunakan oleh manusia.

Kesimpulannya, bumi adalah satu-satunya yang boleh menghidupkan ekosistem dan organisma secara bebas.Kita seharusnya menjaga alam kurniaan tuhan ini dengan sebaik mungkinnya.Sepatutnya kita melahirkan sifat keperihatinan kita terhadap alam sekitar dengan mencintainya dan rasa hormat atas sumbangan yang diberikan. Penglibatan  Jabatan alam sekitar dalam melaksanakan tanggungjawab hanya akan tercapai dengan kerjasama orang ramai dan kefahaman masyarakat umum akan kepentingan penjagaan alam sekitar.Alam sekitar yang bersih dan menarik mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara.