Punca Pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran alam
sekitar boleh di definisikan sebagai sesuatu perkara yang mengotorkan alam hingga
boleh menjejaskan ekosistem di muka bumi ini. Pelbagai projek sosio ekonomi
dijalankan dengan pesat untuk tingkatkan taraf pembangunan negara, walaupun
kita tidak mengambil berat tentang kesan terhadap alam sekitar yang boleh
membahayakan diri manusia.Pencemaran alam sekitar telah menjadi satu kemelut
yang tidak dapat dielakkan oleh negara kita sehingga mencalarkan nama negara.Negara
kita sebenarnya terhimpit telah terhimpit di antara meningkatkan pembangunan
negara setaraf negara maju dengan kebajikan terhadap alam sekitar yang perlu di
pelihara untuk masyarakat.
Di
bawah merupakan punca- punca yang menyebabkan pencemaran alam sekitar
berlaku.
1.
Pembuangan sisa industri, sisa toksik dan sisa radioaktif, asap dan haba
daripada kilang

· Penyingkiran
bahan toksik seperti merkuri, memberi kesan yang buruk kepada alam sekitar.
· Kilang-kilang
yang menggunakan bahan api fosil mencemari alam sekitar dengan membebaskan gas
beracun seperti sulfur dioksida, karbon monoksida dan oksida-oksida nitrogen
· Gas-gas
daripada asap kilang boleh menyebabkan hujan acid.
· Bahan-bahan
sisa toksik yang dibuang ke dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen
yang terdapat di dalam air.
· Hidupan
air akan mati apabila dimakan bahan beracun dari sumber air yang telah tercemar .
· Manusia
juga akan mendapat penyakit yang serius jika mengambil sumber makanan dari
hidupan air dan juga boleh mendapat penyakit atau masalah kesihatan yang teruk
jika meminum atau mengunakan air yang tercemar.
2.
Penggunaan baja kimia dan pestisid dalam bidag pertanian.

· Penggunaan
baja nitrat dan fosfat secara berlebihan menyebabkan baja itu melarut
dalam air yang mengalir ke sungai
· Semasa
hujan, bahan kimia ini di bawa oleh air hujan ke dalam sungai dan sebahagiannya
meresap ke dalam tanah.
· Pestisid
seperti paraquat, dieldrin dan DDT sukar dihuraikan dan kekal dalam persekitaran
· Penggunaan
baja kimia dan pestisid yang berlebihan akan menyebabkan pencemaran tanah dan
air.
· Pestisid
adalah sukar dibiodegrasikan dan akan kekal dalam persekitaran serta boleh
menyebabkan keracunan makanan.
3.
Bunyi, asap dan gas beracun dari kenderaan dan jentera.


·
Pencemaran
bunyi sering menjadi isu tetapi ia kurang diberi perhatian.
· Punca-punca
berlakunya pencemaran bunyi adalah seperti pembangunan dalam kawasan industri
dimana bunyi yang bising akan dikeluarkan melalui pemprosesan material,
jentera,dan kenderaan.
· Aktiviti
pembuatan ini secara tidak langsung akan menjejaskan ketenteraman orang ramai
dan memberi kesan gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran dan lain-lain atas
pencemaran bunyi yang dikeluarkan.
· Di
kawasan Bandar, pencemaran bunyi berlaku disebab bunyi daripada mesin dan enjin
kenderaan
· Di
kawasan lapangan terbang, bunyi yang dihasilkan oleh kapal terbang supersonik
boleh mengakibatkan pencemaran bunyi
· Gas
karbon monoksida yang dihasilkan oleh kenderaan amat merbahaya kepada manusia.
4.
Pembuangan sampah sarap seperti plastic, sisa makanan, dan bahan pepejal
· Jumlah
sampah- sampah yang dibuang meningkat dengan bertambahnya penduduk di sesebuah
kawasan
· Sampah
sarap seperti bingkai haiwan, sisa makanan dan kertas adalah boleh
dibiodregrasi manakala bahan plastic, getah, kaca dan bahan logam adalah tidak
terbiodegrasi
· Buang
sampah boleh menjadi berbahaya kepada kesihatan manusia. Sampah juga akan
menarik haiwan perosak dan bakteria.
· Pembakaran
sampah terbuka boleh menyebabkan pencemaran udara dengan penghasilan gas-gas
toksic
· Hal ini
jelas dapat dilihat
berikutan pembakaran pokok-pokok
tua di kawasan
ladang dan hutan
untuk tujuan penanaman
semula.
· Disebabkan pembakaran
secara terbuka ini, suhu
bumi juga menjadi semakin
meningkat dan keadaan
cuaca di bumi
semakin panas.
5.
Pembuangan kumbahan

· Pembuangan
air kumbahan yang tidak betul boleh menyebabkan pencermaran air
· Bahan
buangan toksik ini mudah terbakar , menghakis , beracun dan bertindak balas
atau meletup apabila bercampur dengan bahan lain.
· Ia
boleh wujud sama ada dalam bentuk cecair, pepejal dan separa pepejal.
· Air
kumbahan yang kotor menggalakkan pertumbuhan bacteria. Bacteria ini menggunakan
oksigen dalam air dan menyebabkan air tidak sesuai untuk hidupan akuatic.
· Kesan
utama ialah mengancam kesihatan manusia iaitu melalui pencemaran toksik yang
masuk ke dalam air akan menyebabkan simpton – simpton seperti sakit kepala ,
kabur penglihatan dan pertuturan yang tidak betul jika air tersebut digunakan
oleh manusia.
Kesimpulannya, bumi adalah
satu-satunya yang boleh menghidupkan ekosistem dan organisma secara bebas.Kita
seharusnya menjaga alam kurniaan tuhan ini dengan sebaik mungkinnya.Sepatutnya
kita melahirkan sifat keperihatinan kita terhadap alam sekitar dengan
mencintainya dan rasa hormat atas sumbangan yang diberikan. Penglibatan
Jabatan alam sekitar dalam melaksanakan tanggungjawab hanya akan tercapai
dengan kerjasama orang ramai dan kefahaman masyarakat umum akan kepentingan
penjagaan alam sekitar.Alam sekitar yang bersih dan menarik mencerminkan
masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan
teknologi negara.

